Tuesday, January 19, 2010

Biografi Yang Luka (Buat Ckgu N....)

Jejak dan tari langkah mu
Adalah kelibat ilmu
Merentasi laman rumah Allah MAM
Bersimpuh sujud
Dan laman itu pernah mengundang tamu
Kau dan aku

Kerna rumah itu rumah mu
Kerna rumah itu khazanah  ilmu
Aku seolah kaku dalam menyusun rindu
Kerana selama ini tiada bayu yang mengusik deru

Disini alfatihah bertalu menyeru
Surah memuji keesaan mu....resah terpalit dihati
Apakah ibadat ini memberkati umatmu
Kerana mati itu pasti...

Masih ku ingat
Jejak ku dan jejak mu   pernah selari
menyusur membelah gelap malam
Demi anak anak yang menagih ilmu menunggu...dimana guru
Menyajikan kami selautan ilmu dan menyejat rindu
Segengam yang ada akan kami jadikan cahaya menyuluh malam

Kini MAM sepi
Tanpa anak anak mu
Yang pernah berlari dan bernyanyi sayup

Antara kemelut seorang guru,murid dan diriku
Itu adalah lumrah selepas bertemu....
Apakah kau akan hadir lagi disini
Demi anak anak mu dan aku
Dan janji kita pernah termetri

Biarkan ku gagahi......kerana aku tidak menyesal
Sebelum bertemu ajal.........


wanruz










Monday, January 18, 2010

Kasih

Salam,
Jarang benar kita membicarakan soal kasih bila berhadapan dengan satu satu musibah.Bukannya kita tak tahu hubungan itu dan bukannya kita tidak memepercayai kekuatan yang ada pada perkataan kasih itu sendiri.Cuma kita jarang tafsirkan ianya boleh menjadi satu peledak yang boleh membawa kepada jalan penyelesaian ketika kita berada di dalam apa jua permasalahan dunia.

Manusia semuanya sama tak kira dimana berada kita tetap berlindung di bawah langit yang sama dan berpijak di bumi yang sama dandiseluruh dunia kita mempunyai bentuk badan dan pancaindera yang sama.Cuma berbeza dari segi kepercayaan dan anutan agama masing masing.Dalam semua agama pun mengarahkan umat dan penganutnya melakukan kebaikan di muka bumi ini.Jadi mengapa perlu ada persengketaan sesama kita disebabkansesuatu isu yang terlalu kecik jika di bandingka dengan nilai persaudaraan sejagat.

Bangunlah wahai manusia buka kan minda dan hayati betapa kita manusia amat perlu memerlukan di antara kita.
Bila kita kasihkan sesama manusia,kita juga akan kasihkan pencipta.
Jika kita permudahkan urusan kitasesama manusia ,Allah akan  permudahkan urusan kita dengan nya.
Hidup dan segarkan kasih sayang sesama kita ...


Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda,Jangan meremehkan milik mereka dan jangan pula  merendahkan kemampuan mereka.-pujangga



Jazakaullah Khir

Wanruz