Biografi Yang Luka (Buat Ckgu N....)
Jejak dan tari langkah mu
Adalah kelibat ilmu
Merentasi laman rumah Allah MAM
Bersimpuh sujud
Dan laman itu pernah mengundang tamu
Kau dan aku
Kerna rumah itu rumah mu
Kerna rumah itu khazanah ilmu
Aku seolah kaku dalam menyusun rindu
Kerana selama ini tiada bayu yang mengusik deru
Disini alfatihah bertalu menyeru
Surah memuji keesaan mu....resah terpalit dihati
Apakah ibadat ini memberkati umatmu
Kerana mati itu pasti...
Masih ku ingat
Jejak ku dan jejak mu pernah selari
menyusur membelah gelap malam
Demi anak anak yang menagih ilmu menunggu...dimana guru
Menyajikan kami selautan ilmu dan menyejat rindu
Segengam yang ada akan kami jadikan cahaya menyuluh malam
Kini MAM sepi
Tanpa anak anak mu
Yang pernah berlari dan bernyanyi sayup
Antara kemelut seorang guru,murid dan diriku
Itu adalah lumrah selepas bertemu....
Apakah kau akan hadir lagi disini
Demi anak anak mu dan aku
Dan janji kita pernah termetri
Biarkan ku gagahi......kerana aku tidak menyesal
Sebelum bertemu ajal.........
wanruz

Sungguh bagai di cerita... Ku kira khayalan cuma, rupanya seterang mentari pagi...
ReplyDeleteHuh, nak cuba paham hak ni, buruk otak, lupa habis benda lain.
ReplyDelete