Tuesday, October 6, 2009

Insan Kesayangan Allah

 Assalamualaikum,

Kita sering terdengar tentang ini "Bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia"Dalam konteks ini Allah menjadikan manusia sebaik baik kejadian yang tiada tolok bandingnya dengan makhluk ciptaannya yang lain.Kita mesti sedar dan akur tentang sesuatu ketentuan dan mengsyukuri nikmat yang Allah turun kan kepada kita umat manusia.
Allah menyayangi setiap manusia dengan menganugerahkan segala nikmat pancaindera dan kemampuan berfikir tanpa had  selagi kita tidak jemu mencari ilmu duniawi dan akhirat untuk kita mengejar kebahagian yang hakiki ditempat yang kekal abadi nanti.Begitulah  sayangnya Allah kepada kita.

Sebagai manusia kita sering lupa dan alpa tentang kasih sayang yang diberikan oleh Allah kepada  kita adalah secara percuma tanpa membezakan darjat sesama manusia.Sayang nya kita yang meletakkan darjat sesama kita dan mengagungkan nya demi menjaga kepentingan untuk diri sendiri.Begitulah kerdil dan dangkal nya pemikiran kita menilai sesuatu anugerah.Ingatlah wahai manusia samada mahu atau tidak kita tetap dipertanggugjawab kan untuk memupuk nilai kasih sayang dan memberikannya pada insan yang memerlukan selain dari apa yang telah kita berikan kepada keluarga ,ayah dan ibu ,saudara serta adik beradik kita........apakah sudah kita memberi kasih sayang kita kepada saudara seislam kita yang lain?

Bukankah telah datang pada mu pembawa pesan
Bukankah telah datang bertamu sabda dan kalam
Semuanya kerana dia.............................
Hulurkan bantuan......Kita tak akan papa bila menderma

Renungkan........

Wanruz











Thursday, October 1, 2009

Pencarian Destinasi Ketenangan

Kegelapan membuat seseorang insan mencari jalan keluar... meminta bantuan seorang sahabat bernama insan.
Kecerahan membuat manusia lupa nyalakan pelita iman bagi mengharungi kegelapan yang datang.
Sahabat ku usahlah lena di buai mimpi arus kerna peradaban yang kita tinggalkan menuntut kita menjadi manusia bersempadan.