Memori Kg Pagi....Buat yang mengerti akan keujudanmu
Seketika dulu ..
Gunung Tahan ku pejari sebagai paksi bumi
Namun di lembah kaki mu ada denai mencengkam tulang kesejukan
Alir sungai mu seakan menceritakan emosi kami
Yang suatu ketika dulu memandang sepi tentang sejarah keujudanmu..
Kini Almukarramah pernah menyusuri tubuh landai sungaimu..
Ada bait bait penawar yan merawat luka kesesakan hidup kami
Sedangkan selama ini kota tak pernah menjanjikan apa penyelesaian
Kerana kami faham antara..
Bangunan batu yang hangat......tewas di cengkaman kesejukan mu...
Kami pernah ketawa dan riang bermandian....
Walau sehelai pelikat lucut di pinggang
Mungkin sejarah akan kami abadikan...justeru sesekali kami lupa arus mu tak pernah mengenal sesiapa..
Ada bait luka dan ada senyum melapangkan dada..Terurai satu penyaksian ..
Bilamana ...kehendak manusia gagal mengatasi segalanya..
Buat insan yang mencari rezki di dada Pagi...
Buat insan guru yang memberikan ilmu pelengkap diri
Sesungguhnya satu kehadiran mu tempohari..
Cukup kami mengerti...
Yang Kamu Mengamit Kami Ke sisi...lagi
wanruz ..

No comments:
Post a Comment